Salam sejahtera.....
Dewasa ini isu tentang pengemulsi makanan semakin hangat diperkatakan sehinggakan sampai kepada tahap kita akan terfikir "....apa lagi yang boleh dimakan?" Sehingga kini tidak ada pihak yang bertanggungjawab untuk menghebahkan secara hitam putih tentang halal atau haram pengemulsi makanan ini. Yang ada hanya beberapa sumber yang memberikan kod-kod pengemulsi tertentu yang katanya haram kerana mengandungi DNA haiwan terlarang ( dalam agama Islam ). Tidak berniat membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama tetapi isu ini memberi kesan kepada penganut Islam tetapi tidak kepada penganut agama lain. Saya tertarik untuk mengambil tahu hal ini dan mula mencari apa sebenarnya 'bahan' ini. Apa yang saya dapat ingin saya kongsikan bersama.
PENGEMULSI/EMULSIFIER
Emulsi didalam makanan adalah campuran minyak dan air. Secara normalnya ia tidak bercampur dan akan berpisah tanpa pengemulsi. Contohnya Mayonis mengandungi minyak dan air. Pengemulsi yang mengekalkan campuran ini dan tanpanya minyak dan air akan berpisah.
APA ITU EMULSI?
Ada dua jenis emulsi :
1) Emulsi minyak didalam air iaitu emulsi yang mengandungi titisan kecil minyak tersebar didalam air (contoh : ais krim)
2) Emulsi air didalam minyak mengandungi titisan air tersebar didalam minyak (contoh : marjerin)
Kebiasaanya minyak dan air tidak bercampur, oleh itu agen pengemulsi ini memastikan ia stabil dan memastikan ia tidak berpisah kepada dua.
PENGEMULSI DALAM MAKANAN
Tujuan ia digunakan didalam makanan :
a) Menjadikan makanan lebih menarik
b) Memberi kesan kepada struktur dan tekstur makanan
c) Membantu mengekalkan kualiti dan kesegaran makanan
Makanan yang kebiasaanya mengandungi pengemulsi :
Biskut,Toffee,Krimer,Kek,Gula-gula getah,Roti,Dessert beku,Kentang kering,Mentega Kacang,Minuman ringan,Karamel,Salutan Coklat
ASAL DAN PEMBUATAN PENGEMULSI
Contoh pengemulsi yang biasa digunakan didalam makanan ialah monoglyceridess. Ia dihasilkan daripada tindakbalas aisd lemak dengan glycerol. Sumber asli seperti minyak sayuran dan lemak haiwan selalunya digunakan untuk membuat pengemulsi. Antara pengemulsi yang selalu digunakan adalah Lecithin (E322) dan Mono- and di – glycerides. Tanpa pengemulsi makanan banyak makanan tidak boleh dimakan.
Untuk rujukan tambahan sila klik di sini. Selamat mentelaah......
MAKAN UNTUK HIDUP BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN - NORLI BT. ISMAIL@MAIL ( D042812 )
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan menggamit selera. Namun begitu dalam pada kita menikmati pelbagai juadah yang lazat, perlu diingat 'we are what we eat'. Justeru itu berpada-padalah apabila menjamu selera. Sepatutnya kita mendapat manafaat dan bukannya mudarat dari apa yang kita makan. Hargai masa sihat sebelum masa sakit, mencegah lebih baik dari mengubati jadi..tepuk dada tanyalah iman jangan tanya selera ...apa yang terbaik untuk kita....
Sunday, 11 December 2011
Warisan Nenekku..
Salam sejahtera.....
Dalam pada kita mengharungi kehidupan di dunia yang serba moden dan canggih ini, kita tidak dapat menafikan adakalanya warisan dari generasi terdahulu amat berperanan untuk kesejahteraan hidup. Salah satu daripadanya ialah ilmu tentang kegunaan herba-herba tradisional. Walaupun dunia perubatan hari ini telah begitu berkembang maju dan banyak kaedah-kaedah perubatan yang mampu untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan berkesan, namun peranan herba tradisional tidak boleh dipandang remeh. Malahan penggunaan herba tradisional ini sebenarnya lebih selamat kerana ia tiada mengandungi bahan kimia yang memberi kesan jangkamasa panjang. Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan banyaknya herba tradisional dan bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Kebiasaannya cara ubatan tradisional ini ialah dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan menggilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di bawah :-
1. Penyakit kepialu - Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega
dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian
lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.
2. Demam panas - Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga
pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua
bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.
3. Muntah - Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.
4. Sakit Kepala - Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan
tempelkan di kepala yang sakit itu.
5. Kayap - Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan
kemudian sapu.
6. Panau - Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat
panau itu.
7. Pokok lempoyang - Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari
lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan
ditambah sedikit gula atau madu.
8. Jamu Tomato - Khasiatnya ialah untuk mencantikkan kulit. Sebiji tomato merah yang
besar dikisar dan dicampurkan dengan sedikit gula. Minum airnya setiap hari.
9. Jamu Beras Hancur - Khasiatnya ialah untuk menyegarkan wajah, melancarkar peredaran
darah dan mengurangkan kepenatan. Ambil 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu
manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa. Goreng beras tanpa
minyak sehinga nampak kekuningan dan tumbuk halus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu
manis dan tumbik lagi. Rebus gula merah dan asam dengan setengah periuk sedang air
kemudian sejukkan. Apabila sejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis .
Minum 1 cawan sehari.
Jelaslah bahawa tumbuh – tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan
tradisional. Ia telah terbukti dalam menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Disamping itu juga ia amat penting dalam penjagaan kesihatan serta kecantikan. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mengekalkan warisan ini dan menurunkannya kepada generasi seterusnya agar mereka semua menyedari serta menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.
Tuesday, 29 November 2011
MAIN MASAK-MASAK
Salam sejahtera.....
Sekali-sekala apa salahnya merasa makanan yang banyak kalori. Lepas makan kita bersenam (kalau rajin la...) Jadi apa tunggu lagi. Jom kita cuba resepi ini....
Beginilah rupanya...
Sekali-sekala apa salahnya merasa makanan yang banyak kalori. Lepas makan kita bersenam (kalau rajin la...) Jadi apa tunggu lagi. Jom kita cuba resepi ini....
Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc. )
- 180 g Top flour / tepung gandum - ayak
- 180 g gula halus / kastor / serbuk
- 6 biji telur
- 1 sudu besar ovallete
- 4 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 250 g mentega - cairkan
- 2 1/2 sb serbuk koko - ayak
- 100 g coklat masakan - cairkan
- 4 sudu besar badam cincang - dipanggang
Cara-cara
- Sediakan 2 loyang 9x6,alas kertas dan gris.
- Telur,gula dan ovallete di pukul hingga kembang. Masukkan pula susu dan vanilla dan terus pukul hingga gebu.
- Perlahankan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Dengan menggunakan senduk,masukkan mentega cair dan gaul rata secara kaup balik.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan masukkan serbuk koko pada 1 bahagian adunan.
- Masukkan adunan berselang -seli ke dalam kedua-dua loyang dan bakar hingga masak.
- Keluarkan kek drpd loyang dan sejukkan.Sapu sebuku kek dengan coklat. cair dan tabur badam cincang di serata permukaannya. Kemudian tangkupkan kek yang satu lagi di atasnya.
- **boleh juga menggunakan hanya satu loyang dan kek dibelah 2 dan sapu coklat. cair dan tabur badam cincang.
Beginilah rupanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)