Sunday 11 December 2011

Halal ke haram...?

Salam sejahtera.....
Dewasa ini isu tentang pengemulsi  makanan semakin hangat diperkatakan sehinggakan sampai kepada tahap kita akan terfikir "....apa lagi yang boleh dimakan?"  Sehingga kini tidak ada pihak yang bertanggungjawab untuk menghebahkan secara hitam putih tentang halal atau haram pengemulsi  makanan ini. Yang ada hanya beberapa sumber yang memberikan kod-kod pengemulsi tertentu yang katanya haram kerana mengandungi DNA haiwan terlarang ( dalam agama Islam ).  Tidak berniat membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama tetapi isu ini memberi kesan kepada  penganut Islam tetapi tidak kepada penganut agama lain. Saya tertarik untuk mengambil tahu hal ini dan mula mencari apa sebenarnya 'bahan' ini. Apa yang saya dapat ingin saya kongsikan bersama.
PENGEMULSI/EMULSIFIER
Emulsi didalam makanan adalah campuran minyak dan air. Secara normalnya ia tidak bercampur dan akan berpisah tanpa pengemulsi. Contohnya Mayonis mengandungi minyak dan air. Pengemulsi yang mengekalkan campuran ini dan tanpanya minyak dan air akan berpisah.

APA ITU EMULSI?
Ada dua jenis emulsi :
1) Emulsi minyak didalam air iaitu emulsi yang mengandungi titisan kecil minyak tersebar didalam air (contoh : ais krim)
2) Emulsi air didalam minyak mengandungi titisan air tersebar didalam minyak (contoh : marjerin)
Kebiasaanya minyak dan air tidak bercampur, oleh itu agen pengemulsi ini memastikan ia stabil dan memastikan ia tidak berpisah kepada dua.

PENGEMULSI DALAM MAKANAN

Tujuan ia digunakan didalam makanan :

a) Menjadikan makanan lebih menarik

b) Memberi kesan kepada struktur dan tekstur makanan

c) Membantu mengekalkan kualiti dan kesegaran makanan

Makanan yang kebiasaanya mengandungi pengemulsi :

Biskut,Toffee,Krimer,Kek,Gula-gula getah,Roti,Dessert beku,Kentang kering,Mentega Kacang,Minuman ringan,Karamel,Salutan Coklat

ASAL DAN PEMBUATAN PENGEMULSI

Contoh pengemulsi yang biasa digunakan didalam makanan ialah monoglyceridess. Ia dihasilkan daripada tindakbalas aisd lemak dengan glycerol. Sumber asli seperti minyak sayuran dan lemak haiwan selalunya digunakan untuk membuat pengemulsi. Antara pengemulsi yang selalu digunakan adalah Lecithin (E322) dan Mono- and di – glycerides. Tanpa pengemulsi makanan banyak makanan tidak boleh dimakan.

Untuk rujukan tambahan sila klik di sini. Selamat mentelaah......

No comments:

Post a Comment